Taklimat Keselamatan Internet Nadi Safe Bersama Sk Semangar

15 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 14 November 2024 telah diadakan Taklimat Keselamatan Internet NADI Safe yang telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Semangar yang melibatkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Semanggar Dalam.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan pintar di NADI kepada pelajar, guru, dan kakitangan sekolah. Selain itu, ia juga meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dalam talian dan menggalakkan penggunaan internet yang bijak. Mereka juga turut didedahkan dengan kod keselamatan internet iaitu SAFE.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali